Basic Ent – Asas Perakaunan
3 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 02 Jun 2024, bersamaan hari Ahad, NADI Batang Melaka telah mengadakan kelas Asas Perakaunan untuk usahawan NADI. Tujuan kelas ini adalah untuk memberikan pemahaman yang kukuh kepada peserta mengenai pengurusan buku tunai dan aspek-aspek penting dalam perakaunan perniagaan.
Antara modul yang diajarkan adalah:
• Penerangan mengenai Kitaran Perakaunan
• Pengenalan kepada Dokumen Sumber, Buku Catatan Pertama Lejer, Imbangan Duga & Penyata Kewangan
Melalui kelas ini, diharapkan usahawan dapat memperoleh asas-asas penting dalam perakaunan yang akan membantu mereka dalam pengurusan kewangan, terutamanya dalam perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: